No one is born into this world by their own choice and get to choose who is their parents will be.

Tun M: Adalah wajar untuk memberikan kad pengenalan kepada warga asing di Sabah jika mereka menetap

Tun M: Adalah wajar untuk memberikan kad pengenalan kepada warga asing di Sabah jika mereka menetap
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/04/04/projek-ic-sabah-sah/

Tuesday, April 7, 2015

Tun M: Wajar diberikan kad pengenalan jika menetap di Malaysia selama bertahun-tahun, hidup seperti orang tempatan, bercakap dalam bahasa yang sama dan setia kepada negara

Dr. Mahathir said : "adalah wajar untuk memberikan kad pengenalan kepada warga asing di Sabah jika mereka menetap di Malaysia selama bertahun-tahun dan hidup seperti orang tempatan."

(Foreigner in Sabah suppose to be given Identity Card if they have stayed in Malaysia for years and lived in the way how local people live.)

"adalah menjadi dasar kerajaan mengiktiraf orang yang setia kepada negara ini",  dan menurutnya "tidak adil untuk menafikan hak anak-anak mereka untuk bersekolah di Malaysia."

(It is the government stand to declare people who are loyal to the country, and according to him, it is unfair to deny the rights of their children to study in Malaysia .)

Baca teks penuh di (Read the full text at):-

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/04/04/projek-ic-sabah-sah/

http://www.facebook.com/mstardotcomdotmy/posts/949752831710162









































CYBERJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, adalah wajar untuk memberikan kad pengenalan kepada warga asing di Sabah jika mereka menetap di Malaysia selama bertahun-tahun dan hidup seperti orang tempatan.

Bekas perdana menteri itu pada Sabtu berkata, bahawa adalah menjadi dasar kerajaan mengiktiraf orang yang setia kepada negara ini dan menurutnya tidak adil untuk menafikan hak anak-anak mereka untuk bersekolah di Malaysia.

"Orang-orang ini, terutama kaum Bajau menganggap Filipina dan Sabah sebagai rumah mereka ketika belum ada sempadan.

"Apabila sempadan diwujudkan, masyarakat Bajau dari Filipina terus tinggal di Sabah dan hidup di sana selama 30 tahun.

"Tetapi mereka tidak dianggap sebagai rakyat Malaysia dan anak-anak mereka tidak boleh pergi ke sekolah. Mereka bercakap bahasa yang sama dan hidup seperti penduduk tempatan, jadi ia tidak adil," kata Dr Mahathir, semasa sesi soal jawab di persidangan kepimpinan 'What Youth Should Know' di sini, Sabtu.

Dr Mahathir diminta mengulas mengenai kontroversi 'Projek IC' di Sabah oleh seorang peserta dari Sabah, yang berlaku semasa tempoh beliau sebagai Perdana Menteri.

"Adalah menjadi dasar Kerajaan untuk mengiktiraf orang-orang yang setia kepada negara ini. Bezanya mereka tidak mempunyai sijil kerakyatan. Mereka berhak untuk diberi kewarganegaraan.

"Bagaimanapun dalam tempoh itu, ada beberapa pegawai di Jabatan Imigresen melihat peluang untuk mengaut keuntungan dengan menjual kad pengenalan. Di sinilah punca masalah berlaku, dan bukan menjadi dasar kerajaan untuk menjual IC.

"Tetapi orang-orang ini telah ditangkap dan didakwa. Ini ada dalam rekod," katanya.


--------------------------------------------------------------------------------------

Continued HERE.

No comments:

Post a Comment